Cari @ Amanz

Akaun milik peribadi dengan mudah boleh digodam sekiranya kata laluan yang digunakan adakah mudah untuk diteka. Dengan emel Google diperlukan untuk perkhidmatan mereka, kehilangan akses kepada akaun boleh menyebabkan kehilangan akses kepada emel, gambar, storan awanan, aplikasi dan identiti diri. Jadi menjelang penghujung 2021, Google akan mengaktifkan ciri pengesahan dua faktor (2FA) pada 150 juta akaun secara automatik sekiranya ia belum digunakan.

Pengaktifan secara automatik ini hanya akan diaktifkan pada pengguna yang dikesan mempunyai mekanisme sandaran yang baik. YouTube juga akan mewajibkan pengguna di bawah Youtube Partners Program untuk mengaktifkan 2FA sebelum 1 November 2021 sekiranya mereka ingin mengakses Studio. Dengan 2 juta YPP mengaktifkan 2FA, isu akaun dicuri atau digodam tidak akan berlaku dengan mudah.

Tambah Google lagi mereka bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk memberikan 10,000 kunci keselamatan kepada pengguna berisiko tinggi. Kunci keselamatan fizikal seperti Titan ialah satu lagi cara yang memastikan akaun tidak boleh diakses tanpa kebenaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd