Akses Kepada Pengurus Kata Laluan “Google Password Manager”Akan Lebih Mudah Untuk Android Dan iOS Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebentar tadi telah kami laporkan yang Google akan mengaktifkan pengesahan dwi-faktor kepada 150 juta akaun secara automatik menjelang hujung tahun ini. Ini adalah bagi memastikan keselamatan tambahan akaun pengguna tanpa ada masalah digodam dan data dicuri.

password suggestion prompt

Dalam pengumuman yang sama, Google turut menyatakan yang mereka akan mengemaskini aplikasi Google dengan ciri pengurus kata laluan mereka terus terbina daripada dalam aplikasi. Pengurus kata laluan mereka iaitu Google Password Manager sudah sedia terbina pada pelayar web Chrome, sistem operasi Android dan beberapa aplikasi Google lain.

Bukan itu sahaja, fungsi auto-isi kata laluan untuk iOS melalui sistem Google Password Manager juga akan diperkenalkan tidak lama lagi. Secara tidak langsung memberikan peluang kepada pengguna memudahkan lagi proses mengisi maklumat identiti pengguna dan kata laluan secara automatik.

Ini adalah perkara menarik kerana kebanyakan pengurus kata laluan seperti 1Password, NordPass, Lastpass dan banyak lagi memerlukan langganan bulanan atau tahunan untuk penggunaan yang lebih baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami