Carian
Telegram Menambah 70 Juta Pengguna Baharu Ketika Facebook Dan WhatsApp Bermasalah Semalam
October 6, 2021 Aman

Semalam, kita telah melihat Facebook menghadapi masalah untuk diakses, sekaligus menyebabkan perkhidmatan seperti Instagram dan WhatsApp turut tidak boleh diakses dan digunakan.

Disebabkan oleh itu, ramai pengguna mula mencari alternatif baharu dalam memastikan dapat kekal berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Menurut Durov, Telegram telah menambah lebih 70 juta pengguna baharu semalam, disebabkan oleh platform Facebook dan WhatsApp tidak dapat digunakan. Ini sekaligus mencatatkan rekod baharu untuk Telegram.

Hal ini sekaligus memperlihatkan yang mana ketiadaan atau kesukaran capaian ke perkhidmatan Facebook, turut membawa kepada peningkatan drastik angka pengguna pada platform-platform alternatif.

Komen