Amazfit Memperkenalkan Logo Baharu – Jam Baru Akan Dilancarkan Dengan Zepp OS

Diterbitkan pada Okt 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazfit iaitu syarikat di bawah Huami cukup terkenal dengan pelbagai variasi peranti boleh pakai. Daripada penjejak kesihatan, jam tangan pintar asas, jam tangan pintar khusus untuk kecergasan dan banyak lagi.

Mereka akan melancarkan Amazfit GTR 3 dan GTS 3 pada bulan ini. Terkini mereka telah mengacah penggunaan logo baharu “Amazfit” yang lebih minimalis serta menyatakan jam baharu mereka akan menjalankan sistem operasi tersendiri yang digelar Zepp OS.

Jam ini akan mempunyai fungsi tekan sekali semua imbasan nadi, kadar oksigen dalam darah, aras tekanan dan kadar pernafasan pengguna akan dibaca secara serentak.

Butiran lain mengenai jam ini masih belum didedahkan lagi. Tetapi ia dilihat mungkin adalah satu perubahan baharu untuk mereka dengan sistem operasi tersendiri serba baharu, logo baharu – nafas lebih segar untuk produk mereka akan menarik perhatian lebih ramai. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami