Ogos lalu, Apple mula menguji kemampuan mengubah AirPods Pro menjadi alat bantuan melalui ciri yang diberi nama Conversation Boost. Melalui ciri ini, ia akan menggunakan mikrofon AirPods Pro untuk meningkatkan lagi suara di sekeliling. Lebih tepat lagi, ia akan meningkatkan suara orang yang sedang berbual dengan pengguna apabila bersemuka.

Ciri adalah antara ciri menarik yang telah disokong Galaxy Buds dan selepas hampir dua bulan hadir dalam bentuk beta pada AirPods Pro, kemaskini semalam versi 4A400 yang mengaktifkan ciri Find My untuk pengguna cari AirPods Pro seakan mencari AirTag – ciri ini telah ditawarkan bersama-sama dengannya.
Untuk menggunakannya, pengguna perlu kemaskini ke iOS 15 atau iPadOS 15 dan pergi ke tetapan Bluetooth, cari tetapan mod tembus bunyi Customize Transparency Mode serta aktifkan Conversation Boost.