Realme Beard Trimmer Plus Turut Diperkenalkan – Berharga Bermula RM99

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kalau anda masih ingat, Realme Malaysia sedia hadir dengan penawaran pencukur janggut yang tersendiri. Pada ketika itu, Realme Beard Trimmer telah diumumkan dan kini versi plus pula mula dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Dinamakan sebagai Realme Beard Trimmer Plus, ia boleh dibeli pada harga RM169 dengan pilihan warna hitam. Anda masih boleh memilikinya dengan harga lebih rendah RM99 sewaktu jualan pertamanya yang berlangsung pada 18 Oktober 2021.

Realme Beard Trimmer Plus dilengkapi sikat yang boleh dilaras sehingga 10mm, di samping tambahan sikat 20mm sebagai lebih pilihan untuk proses pemotongan. Bukan itu sahaja, versi plus juga dilengkapi sehingga 40 tetapan berkunci berbanding versi standard .Seterusnya, ia juga mempunyai penarafan kalis air IPX7 bersama bateri 800mAh yang mampu beroperasi sehingga 120 minit lamanya. Ia juga mempunyai sokongan lampu LED yang bewarna bagi memudahkan anda ketahui baki bateri pada mesin pencukur berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami