Google Assistant Pada Android 12 Tidak Lagi Perlu Diseru

Diterbitkan pada Okt 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

April lalu Google telah menguji projek Guacamole atau Voice Shortcuts, iaitu fungsi di mana pengguna boleh memberikan arahan Google Assistant tanpa diseru dengan “Hey Google” atau “Ok Google”. Pengguna hanya perlu sebutkan tugasan yang diinginkan agar ia lebih pantas dan mudah serta tidak mengganggu peranti pengguna lain.

Terkini, Google dilihat mula mengedarkan fungsi ini kepada pengguna. Versi yang lebih stabil ini diberi nama rasmi Quick Phrases dan pengguna boleh sebut terus “stop” atau “snooze” jika penggera sedang berbunyi. Manakala jika ada panggilan telefon diterima, pengguna boleh sebut terus “answer” atau sebut sahaja “decline” untuk menolak panggilan tadi.

Fungsi ini dilihat ditawarkan pada pengguna Android 12 dengan aplikasi Google versi 12.39.17.29. Ia juga dilihat masih diedarkan secara berperingkat kerana pada peranti Android 12 kami dengan aplikasi Google pada versi sama, ia masih tidak muncul lagi.

Seperti biasa, sokongan Google Assistant seperti ini terhad pada bahasa Inggeris sahaja. Berikut adalah senarai yang Google Assistant boleh lakukan kelak tanpa diseru;

  • Tetapkan penggera: “Set an alarm for 7 a.m.”
  • Batalkan penggera: “Cancel the alarm”
  • Paparkan penggera yang tersedia: “What time is my alarm set for?”
  • Hantar siaran (pengguna peranti berhubung): “Send a broadcast”
  • Jawab atau tolak panggilan: “Answer” atau “Decline”
  • Tanya masa: “What time is it?”
  • Tanya cuaca: “What’s the weather?”
  • Hidup atau matikan lampu: “Turn the lights on”
  • Naikkan kecerahan atau malapkan lampu: “Increase the brightness”
  • Kawal aras suara: “Turn up the volume”
  • Jeda atau mainkan muzik: “Pause the music”
  • Langkau muzik: “Skip this song”
  • Tetapkan pemasa: “Set a timer for 2 minutes”
  • Batalkan pemasa: “Cancel the timer”
  • Jeda atau sambung pemasa: “Pause the timer”
  • Tetapkan semula pemasa: “Reset the timer”
  • Tunjukkan pemasa: “How much time is left?”
  • Peringatan: “Create a reminder”
  • Nota keluarga: “Create a family note”

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami