Google Ingin Membantu Apple Menggunakan Standard RCS Pada Peranti Mereka

Diterbitkan pada Okt 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rich Communicastion Services (RCS) ialah evolusi seterusnya kepada Short Messages Service (SMS) yang diperkenalkan pada tahun 1992. Kerana ianya piawaian yang sudah terlalu berusia. SMS tidak menyokong ciri moden seperti menghantar kip video, GIF beranimasi, pelekat, penyulitan hujung-ke-hujung dan notifikasi mesej telah dibaca. Oleh itu RCS diperkenalkan pada tahun 2007 tetapi penggunaannya secara menyeluruh mengambil masa yang lama.

Google menjadi syarikat yang memperjuangkan format piawaian RCS dengan sokongan diberikan secara terbina pada aplikasi Messages. Dengan kerjasama Samsung, RCS juga disokong pada kesemua peranti keluaran mereka. Terkini Hiroshi Lockheimer , timbalan presiden kanan Google menghantar ciapan yang mengatakan Google sedia membantu Apple untuk turut menyokong RCS pada peranti mereka.

Bantuan yang ingin diberikan ini adalah menarik tetapi sukar berlaku kerana Apple ingin pengguna peranti mereka kekal dengan iMessage. Jarang sekali Google dan Apple bekerjasama. Kali terakhir ia berlaku ialah apabila mereka menyokong API Pemberitahuan Pendedahan (Exposure Notification API) di awal pandemik.

Sumber The Verge

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami