Cari @ Amanz

Pada 13 Oktober hadapan Black Shark 4S akan dilancarkan secara rasmi di China. Sebelum ini imej acah yang dikongsi tidak memberikan sebarang petunjuk rupa sebenar peranti untuk permua ini. Hujung minggu lalu pihak Black Shark berkongsi lagi poster rasmi dan akhirnya rekaan panel belakang telah didedahkan.

Dari segi rekaan Black Shark 4S mengekalkan rekaan tri-kamera yang diletakkan sebaris. Perubahan lebih besar dilakukan kepada panel belakang yang kini mempunyai rekaan futuristik yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Black Shark 4 yang asal. Selain itu ia turut akan ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan biru gelap.

Berdasarkan beberapa ura-ura yang didengari Black Shark 4S akan menggunakan cip Snapdragon 888+,skrin 144Hz dan sokongan pengecasan sehingga 120W.

Sumber Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd