Cari @ Amanz

Baru-baru ini, terdapat beberapa laporan tentang peranti baharu daripada BlackShark. Katanya, BlackShark dalam perancangan pengenalan versi terkini untuk peranti di bawah siri BlackShark 4. Melaluinya, terdapat sekurang-kurangnya dua model yang akan diperkenalkan iaitu Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro.

Enggan terus berteka-teki, BlackShark akhirnya memuat-naik poster pelancaran rasmi untuk peranti berkenaan di Webo. Ia dijadualkan berlangsung di China pada 13 Oktober ini yang mana merupakan tarikh yang sama dengan pelancaran untuk OnePlus 9RT. Namun begitu, poster berkenaan sekadar berkongsi mengenai ketibaan Black Shark 4S. Tetapi, besar kemungkinan jenama berkenaan juga akan hadir dengan versi pro bersama-sama dengannya.

Dari segi rekaan, Black Shark 4S akan menampilkan sistem tri-kamera utama dengan rekaan melintang sama seperti pendahulunya. Tapi sayangnya, jenama berkenaan langsung tidak mendedahkan spesifikasi utama pada peranti. Ini bermakna, kita harus menunggunya sedikit masa lagi kerana mereka pastinya akan mengacah mengenainya sedikit demi sedikit dalam masa terdekat ini.

Sumber : Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd