Carian
OnePlus 9RT Akan Dilengkapi Skrin 120Hz, Cip Snapdragon 888, Warp Charge 65T
October 11, 2021 Amy Maizuraa

OnePlus 9RT bakal dilancarkan secara rasminya di China pada 13 Oktober ini. Reka bentuknya juga telah diperlihatkan menerusi laman sesawang rasmi, tempoh hari. Melaluinya, ia menunjukkan peranti ini mempunyai modul kamera berbentuk segi empat dengan sistem tri-kamera utama di bekakang. Jelas kelihatan, ia memiliki rekaan yang sedikit berbeza dengan pendahulunya, OnePlus 9R.

Dalam perkembangan terkini, spesifikasi utama peranti pula mula dikongsi menerusi beberapa poster acah terkini. Cip Snapdragon 888 menjadi pilihan OnePlus untuk digunakan pada peranti ini. Selain itu, ia juga akan dipadankan dengan RAM LPDDR5 dan storan berasaskan UFS 3.1. Tidak ketinggalan, ia juga akan mempunyai sokongan RAM maya sehingga 7GB dan sistem penyejukan lebih baik serupa dengan yang terdapat pada sesebuah tablet.

Fungsi lain yang turut disertakan adalah skrin hadapan yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Di samping, sokongan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65T seperti yang terdapat pada siri OnePlus 9 sebelum ini. Katanya, ia mampu mengecas penuh peranti dalam hanya 29 minit yang mana lebih pantas berbanding sokongan pada pengecasan Warp Charge 65.

Seterusnya, ia juga akan menggunakan kamera utama 50MP (Sony IMX766) dan menjalankan antaramuka ColorOS12 berasaskan Android 11. Ia bagaimanapun, besar kemungkinan menjalankan OxygenOS 12 untuk versi peranti di luar pasaran China. Seperti biasa, penawaran lanjut akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Ishan Agarwal

Komen