Syarikat Satelit UK Melancarkan Televisyen Sky Glass Untuk Menstrim Terus Kandungan

Diterbitkan pada Okt 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Malaysia Astro telah menawarkan Astro Ultra Plug & Play Box mereka tahun ini yang hanya memerlukan sambungan internet untuk menikmati kandungan yang semalam ini hanya boleh diakses menggunakan parabola satelit yang dipasang di rumah. Ini ialah perubahan model perniagaan Astro sejak 25 tahun yang lalu. Di United Kingdom, Sky yang juga merupakan syarikat televisyen satelit maju selangkah dengan melancarkan televisyen mereka sendiri.

Sky Glass ialah televisyen pintar yang mempunyai kotak pentsriman secara terbina. Pelanggan Sky boleh menstrim kesemua kandungan yang selama ini memerlukan parabola secara terus tanpa sambungan lain. Tiga model ditawarkan dengan skrin 43″, 55″, dan 65″ Quantum Dot serta sokongan resolusi 4K serta Dolby Vision.

Ia ditawarkan sebagai sistem hiburan rumah semua dalam satu kerana turut dilengkapi 21 aplikasi terpasang untuk menstriam Netflux, Spotify, Disney+ dan banyak lagi. Sistem audio terbina terdiri daripada enam speaker (3 depan, 2 keatas dan 1 tengah) yang menyokong Dolby Atmos. Pada tahun hadapan mereka akan memperkenalkan pula kamera tambahan untuk melakukan panggilan video serta mengawal TV menggunakan tubuh.

Sky turut menawarkan program gantian televisyen ke model yang lebih baharu kepada pelanggan di masa hadapan untuk mengikuti perkembangan teknologi yang sentiasa berubah. Selain itu pilihan warna juga menarik iaitu putih, merah jambu, hijau, hitam, dan biru. Di United Kingdom Sky Glass ditawarkan pada harga bermula £39 (~RM222) sebulan dengan kontrak sehingga empat tahun.

Ini mungkin evolusi seterusnya untuk syarikat yang menawarkan perkhidmatan satelit untuk terus kekal relevan. Perkhidmatan ditawarkan sekali dengan berkas televisyen, kandungan asli dan kandungan dari perkhidmatan penstriman popular.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami