Carian
Redmi Smart TV X 2022 Akan Diperkenalkan 20 Oktober Ini
October 11, 2021 Fahim Zahar

Siri Redmi Smart TV X mula diperkenalkan pada Mei tahun lalu. Ia adalah televisyen pintar tersendiri di bawah jenama Redmi yang menawarkan ciri dan fungsi seakan televisyen premium pada harga lebih mampu milik. Terkini, melalui laman Weibo Xiaomi TV – mereka mengesahkan kehadiran Redmi Smart TV X 2022 pula.

Tiada butiran yang dikongsi oleh mereka, tetapi ia didakwa akan mempunyai sokongan MEMC serta kerangka yang diperbuat daripada keluli. Redmi juga dijangka akan kekal dengan penawaran tahun lepas, iaitu mempunyai sokongan audio Dolby, skrin 4K, serta pilihan saiz 50-inci, 55-inci dan 65-inci.

Untuk sistem operasi, Redmi dijangka akan turut kekal dengan sistem Patchwall mereka yang turut dikenali sebagai MIUI for TV yang merupakan hab hiburan di mana pelbagai perkhidmatan penstriman video, muzik, permainan, aplikasi telesidang dan pelbagai lagi terus terbina. Memori juga jika ikut model lalu, adalah 2GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Dengan penawaran televisyen jenama Xiaomi sudah memasuki pasaran tempatan, adakah siri ini berpeluang memasuki pasaran Malaysia juga agar boleh bersaing dengan jenama Realme? Sama-sama kita nantikan.

Komen