Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilancarkan seawal Januari hadapan. Sungguhpun begitu makliumat mengenai peranti mercu ini telah mula tertiris ke arena web seperti terdapat tempat simpanan S Pen secara terbina dan rekaan modul kamera yang agak aneh. Hari ini imej pengolokan beberapa kerangka telah tertiris ke arena web mengesahkan lagi ura-ura yang didengari sebelum ini.

Stylus S Pen diletakkan pada bahagian bawah kiri peranti seperti yang digunakan pada Galaxy Note20 Ultra tahun lalu. Malahan tidak melampau untuk mengatakan Galaxy S22 Ultra sebenarnya adalah sebuah Galaxy Note yang diubahsuai. Badan dan skrin adalah lebih berkotak berbanding siri Galaxy S. Bahagian sisi tubuh juga lebih bulat.

Bonggol kamera juga kelihatan agak aneh jika dibandingkan dengan S21 Ultra. Namun konfigurasi kamera masih sama dengan empat kamera dan satu sistem laser jelas kelihatan. Dengan siri Galaxy Note tidak lagi ditawarkan, Galaxy S22 Ultra mungkin akan menjadi penggantinya kelak.
Sumber Gizmochina