Carian
ZTE Axon 30 Dengan Kamera Bawah Skrin Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
October 11, 2021 Fahim Zahar

ZTE Axon 30 adalah peranti kedua ZTE dengan kamera bawah skrin. Peranti ini menggunakan teknologi InV See Pro generasi kedua, yang jauh lebih baik daripada model sebelum ini. Lapisan skrin di atas kamera ini mempunyai kadar PPI yang lebih tinggi.

Peranti yang dilancarkan Julai lalu ini, sudah dijual di beberapa pasaran terpilih. Menurut sumber kami, ZTE Axon 30 ini akan dilancarkan di Malaysia hujung Oktober akan datang.

Peranti ini menggunakan skrin 6.92-inci AMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 870 dan dipadankan dengan memori sehingga 12GB serta storan dalaman mencapai 256GB.

Kamera utama menggunakan konfigurasi 64+8+5+2 Megapixel bersama kamera swafoto bawah skrin 16 Megapixel. Bateri adalah 4200mAh dengan pengecasan pantas 55W.

Peranti ini mungkin akan dijual pada harga sekitar RM2500 ke RM2599. Sama-sama kita nantikan.

Komen