Magic Leap 2 Diperlihatkan – Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2022

Diterbitkan pada Okt 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat peranti realiti terimbuh Magic Leap melancarkan Magic Lepas One empat tahun lalu dengan sasaran menggunakannya dalam sektor perindustrian. Hari ini rekaan Magic Leap 2 telah diperlihatkan dengan tujuan menjadikannya set kepala realiti terimbuh industri yang paling ringan dan kecil pernah dihasilkan.

Penambahbaikan dilakukan pada skrin yang menawarkan sudut pandangan paling lebar dan kemampuan digunakan dalam situasi yang lebih terang tanpa sebarang isu. Hanya set kepala diperlihatkan setakat ini. Pada generasi pertama, alat kawalan fizikal dan pek bateri diperlukan untuk set kepala berfungsi. Dari segi rekaan, Magic Leap 2 nampak lebih kemas dan moden.

Tiada maklumat tambahan diberikan oleh Magic Leap setakat ini. Mereka hanya mengumumkan kerjasama yang lebih mendalam dengan rakan industri kesihatan, pengeluaran, dan ketenteraan akan dilakukan. Sekiranya semua berjalan lancar, Magic Leap 2 akan dilancarkan pada tahun 2022.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami