Peranti Realiti Gabungan Magic Leap One Dilancarkan

Peranti Realiti Gabungan Magic Leap One Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Peranti realiti gabungan dijangka akan menggantikan peranti realiti maya di pasaran. Ini adalah kerana ia tidak terhadap kepada pengguna di dalam dunia maya sahaja. Microsoft HoloLens dan Samsung HMD Odyssey ialah dua peranti gabungan yang sudah memasuki pasaran. Semalam Magic Leap One pula dilancarkan dengan rekaan yang sedikit berbeza dari dua peranti tadi.

Magic Leap One terdiri daripada tiga komponen utama iaitu kaca mata Lightwear, bateri Lightpack dan alat kawalan. Lightwear menggabungkan dunia realiti maya dengan dunia sebenar menggunakan teknologi Digitial Lightfield. Menurut Magic Leap, ini membolehkan objek maya kelihatan seperti benar-benar wujud di dunia sebenar apabila dipancarkan di dalam Lightwear. Objek maya ini juga boleh berinteraksi dengan objek di dunia sebenar.

Lightpack dipakai pada pinggang pengguna. Ini mengurangkan beban pada kepala seperti yang ditemui pada Hololens. Akhir sekali alat kawalan yang disertakan menyokong sistem sentuhan untuk melakukan navigasi. Tiada maklumat mengenai resolusi skrin, jumlah kamera atau kapasiti dikongsi buat masa ini.

Rekaan Magic Leap One yang dikongsikan ini bukanlah rekaan produk akhir. Ia akan melalui beberapa perubahan sebelum dijual bermula tahun hadapan.


TIPS & ULASAN