Pesanan Microsoft HoloLens Development Edition Dibuka – Harga Jualan $3000

Pesanan Microsoft HoloLens Development Edition Dibuka – Harga Jualan $3000

Diterbitkan pada Mac 1, 2016 oleh .

Peranti realiti maya Microsoft HoloLens diperlihatkan tahun lalu dan menunjukkan bebarapa fungsi menarik di mana dunia sebenar mampu bergabung dengan dunia maya. Ianya adalah versi sebenar paparan Jarvis yang digunakan oleh Iron Man. Microsoft mula membuka pesanan untuk HoloLens Development Edition dan ianya dijual pada harga $3000 (~RM 12562) setiap satu. Buat masa ini tawaran hanya terbuka kepada penduduk Amerika Syarikat dan Kanada.

Pembeli akan menerima peranti realiti ini seawal 30 Mac hadapan. Selain membuka pesanan, mereka juga berkongsi spesifikasi yang selama ini menjadi misteri. Senarai lengkap spesifikasi adalah seperti di bawah. Tidak seperti HTC Vive, Oculus Rift dan Gear VR, HoloLens tidak memerlukan komputer ataupun peranti tambahan untuk berfungsi. Dengan kata lain ianya sebuah peranti realiti maya yang berfungsi secara sendiri kerana mempunyai Holographic Processing Unit (HPU) terbina

HoloLens.

Spesifikasi Microsoft HoloLens Developer Edition
Pemproses Intel 32 bit architecture Microsoft Holographic Processing Unit (HPU 1.0)
Muatan Dalaman 64 Gigabyte
RAM 2 Gigabyte
Paparan 2 Skrin HD pada nisbah16:9
Sensor
  • 1 IMU
  • 4 Kamera mengesan keadaan sekeliling
  • 1 Kamera mengesan jarak
  • 1kamera video dan gambar statik 2 Megapixel
  • 4 mikrofon
  • 1 Pengesan cahaya
Lain-lain
  • 1 Pembesar suara stereo
  • 1 Bicu audio 3.5mm
  • 1 USB 2.0
  •  Sokong Wi-Fi 802.11ac
Bateri 2-3 Jam pada penggunaan aktif

2 Minggu di dalam mod standby

Sistem Operasi Windows 10

 


TIPS & ULASAN