Samsung 980 Pro ialah antara SSD yang disarankan untuk digunakan pada PlayStation 5 sebagai storan tambahan. Kerana sambutan hangat, Samsung melancarkan pula Samsung 980 versi baharu untuk PlayStation 5 dengan sinki haba terbina.

Dengan sinki haba Advanced Heat Dissipation Technology terbina ini, prestasi 980 Pro akan dapat dikekalkan pada kelajuan membaca 7000 MB/S dan menulis pula 5100 MB/s yang sebenarnya melepasi piawaian minima yang diperlukan untuk PlayStation 5.
SSD ini akan dijual bermula penghujung bulan ini pada harga $250 (~RM1041) untuk storan 1TB dan $450 (~RM1874) untuk storan 2TB lengkap dengan jaminan sehingga 5 tahun.