Cari @ Amanz

Selepas sekian lama tidak mempunyai peranti edisi khas oleh OnePlus dengan jenama terkemuka seperti Star Wars, Avengers, artis terkenal atau juga jenama kereta. OnePlus mula bekerjasama dengan permainan video pula pada OnePlus 8T melalui edisi Cyberpunk. Kemudian dengan TWS OnePlus Buds Z yang mempunyai rekaan unik oleh artis Steven Harrington.

OnePlus 8 dan OnePlus 9 pula tiada kerjasama dengan jenama terkenal, selain pada kamera OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro yang berkolaborasi bersama Hasselblad. Semua peranti yang ada edisi khas ini adalah untuk peranti mercu sahaja, kecuali TWS mereka yang berada dalam kelas pertengahan.

Terkini, OnePlus dikatakan mungkin akan hadir dengan sebuah lagi peranti edisi khas satu lagi permainan video – iaitu Pac-Man. OnePlus dilihat akan bekerjasama dengan Bandai Namco, selepas informasi pada fail kemaskini OxygenOS ditemui mempunyai kod-kod Pac-Man untuk kunci skrin, animasi pengimbas cap jari serta permua Pac-Man 256 – Endless Maze terus terbina pada peranti.

Peniris terkenal Max Jambor turut mengacah yang peranti ini mungkin adalah OnePlus Nord2. Iaitu peranti kelas pertengahan premium mereka dengan cip Dimensity 1200-AI, kamera 50MP IMX766 dan skrin Fluid AMOLED 90Hz. Peranti ini dijual di Malaysia pada harga sekitar RM1699 untuk model asas.

Tidak pasti jika Shopee OnePlus Global akan menjualnya kelak di pasaran tempatan. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd