Telefon pintar Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Oktober hadapan. Sungguhpun begitu maklumat mengenai spesifikasi, rekaan dan imej pengolokan telahpun dikongsi serta ditiriskan dari pelbagai sumber. Namun begitu imej pengolokan rasmi dari pelbagai arah hanya tertiris menerusi ciapan @evleaks sekali lagi.

Beliau berkongsi imej pengolokan rasmi Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dalam warna Seafoam Green, Stormy Black serta Cloudy White. Dapat dilihat perbezaan rekaan dimana Pixel 6 Pro mempunyai bonggol kamera yang lebih tinggi, skrin melengkung pada kedua-dua sisi dan bahagian dahi lebih besar pada bahagian belakang peranti.

Dengan bonggol kamera yang besar dan besar, peranti tidak mempunyai masalah terjungkit seperti yang dialami pada peranti mercu yang dilengkapi bonggol kamera yang besar sebelah. Dengan Pixel 6 tahun ini, Google akan mencuba sekali lagi untuk memberikan persaingan kepada Apple.
Cip Google Tensor baharu dipercayai lebih berkuasa berbanding Snapdragon dan direka sepenuhnya oleh Google. Tambahan lagi peranti juga akan menjadi yang pertama dalam sejarah Google disokong selama lima tahun.