Cari @ Amanz

Berkongsi lebih lanjut mengenai Realme GT Neo 2T, ia bakal menjadi sebuah lagi peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200-AI apabila diumumkan kelak. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Realme China menerusi perkongsian terkini di Weibo, sebentar tadi.

Ini adalah cip yang sama kita boleh temui pada OnePlus Nord 2 5G sebelum ini. Ia adalah cip berteknologi 6nm dengan prestasi CPU 22% lebih pantas dan mampu mengurangkan penggunaan kuasa peranti 25% lebih baik. Menurut Realme, ia juga menampilkan beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk pengalaman penggunaan peranti lebih baik.

Realme GT Neo 2T akan dilancarkan secara rasminya di China pada 19 Oktober 2021. Ia hadir dengan sistem tri-kamera di belakang dengan penggunaan sensor utama 64-Megapixel. Kemasannya juga kini lebih minimalis dengan dua pilihan warna seperti hitam dan putih.

Sumber : Weibo

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd