Carian
Infinix Note 11 Pro Kini Rasmi – Skrin 120Hz, MediaTek Helio G96, Kamera 64MP
October 13, 2021 Amy Maizuraa

Tentu ada yang masih ingat dengan artikel mengenai peranti akan datang Infinix yang dikatakan hadir dengan skrin 120Hz dan zum mencapai 30X tempoh hari? Peranti berkenaan adalah Infinix Note 11 Pro dan ia kini telah diumumkan secara rasmi. Ia juga menawarkan rekaan yang sama seperti imej sebenar yang dikongsi – di mana, lengkap dengan sistem tri-kamera yang menggunakan sensor utama 64MP.

Selain itu, ia juga dilengkapi skrin 6.95-inci IPS LCD beresolusi FHD+ (1080 X 2460 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G96, memori 8GB (tambahan 3GB RAM), storan dalaman 128GB dan ruangan tambahan menerusi microSD sehingga 2TB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 64MP + 13MP + 2MP. Kameranya juga mempunyai keupayaan zum mencapai 30X. Kamera hadapan pula adalah 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi, Android 11, FM Radio dan sebagainya.

Untuk harga Infinix Note 11 Pro dijual pada $249 (~RM1,036). Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Haze Green, Mithrill Grey dan Mist Blue.

Sumber : Infinix Mobile

Komen