Cari @ Amanz

Selain OnePlus 9RT yang dilancarkan sebentar tadi, OnePlus Buds Z2 juga dilancarkan sebagai sebuah lagi TWS dengan sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) dan bateri yang boleh bertahan sehingga 38 jam.

Ini adalah 7 jam dengan sekali caj dan tambahan 31 jam lagi menggunakan pod pengecas. Dari segi rekaan ia masih sama dengan OnePlus Buds Z yang dilancarkan sebelum ini cuba dengan ANC. Hingar dapat dikurangkan sehingga 40dB serta turut mempunyai mod tembus bagi membolehkan audio dari luar didengari.

Putik telinga masih menggunakan pemacu audio sebesar 11mm dan juga kemampuan kalis air sehingga IP55. Pada bahagian sisi putik audio disertakan pad sesentuh untuk mengawal aplikasi pada peranti yang ditambat menggunakan bluetooth 5.2. Akhir sekali OnePlus Buds Z2 ditawarkan dalam warna hitam dan putih pada harga RMB 499 (~RM322) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd