Apple Memanjangkan Program Gantian Untuk AirPods Pro Dengan Masalah Bunyi Untuk Setahun Lagi

Diterbitkan pada Okt 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Apple mengumumkan program gantian untuk AirPods Pro yang mempunyai masalah audio. Ini adalah dalam bentuk audio yang pecah, bunyi statik ketika sedang digunakan dan juga ANC yang tidak beroperasi seperti yang sewajarnya. Pada asalnya program gantian adalah selama dua tahun dari tarikh pembelian.

Apple AirPods Pro

Tetapi kini menurut MacRumors, Apple akan memanjangkan tempoh program ini sehingga tiga tahun. Bagi mereka yang menjadi pembeli terawal pada tahun 2019, jaminan gantian sekiranya masalah berlaku kini akan berakhir pada tahun 2022. Jadi sekiranya anda antar jutaan pengguna AirPods Pro yang kemudiannya mengalami masalah audio, anda tidak perlu risau asalkan ia masih dalam tempoh jaminan tiga tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami