Nokia X20 Akhirnya Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1599

Diterbitkan pada Okt 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia X20 dilancarkan pada April yang lalu tetapi selepas hampir setengah tahun ia akhirnya pratempahan untuk peranti ini akhirnya dibuka di Malaysia pada harga RM1599. Bagi yang berminat pesanan boleh dilakukan menerusi laman Shopee rasmi Nokia Mobile Malaysia. Pelanggan yang menempah akan menerima beberapa barangan edisi khas James Bond No Time To Die.

Nokia X20 dilengkapi skrin 6.67″ LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 480, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 4470 mAh. Ia menyokong pengecasan 18W menerusi port USB-C yang tidak terlalu pantas kerana sekadar memuaskan.

Kamera utama pula sebesar 64MP sudut lebar, 5MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2 MP kedalaman manakala kamera swafoto pula sebesar 32MP. Jika ingin dibezakan dengan siri G, lensa pada siri X masih lagi menggunakan lensa Zeiss.

Sumber LowYat.net

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami