Selain daripada Nokia X20, dua lagi peranti baharu daripada jenama yang berpangkalan di Finland ini turut ditawarkan di Malaysia. Peranti-peranti berkenaan adalah Nokia 110 4G dan 105 4G yang merupakan telefon mudah alih asas mereka.
Bagi yang berminat, ia dijual pada harga bermula RM139 untuk Nokia 105 4G dan RM159 pula untuk Nokia 115 4G. Kedua-duanya boleh dibeli menerusi Lazada, Shopee dan pengedar sah nokia iaitu Macpie Distribution.

Nokia 110 4G dilengkapi skrin 1.8″ QQVGA, pemproses Unisoc T107, memori 128MB, storan 48MB dan bateri 1020 mAh yang dicas menggunakan port mikro USB. Bateri adalah 1,020mAh yang boleh ditanggalkan. Seterusnya, terdapat juga kamera di bahagian belakang tetapi saiz sensor tidak diketahui. Turut disertakan ialah bicu audio 3.5 mm, port micro USB, lampu suluh dan radio FM terbina.

Nokia 105 4G juga dilengkapi skrin 1.8″ QQVGA, pemproses Unisoc T107, memori 128MB, storan 48MB dan bateri 1,020 mAh yang dicas menggunakan port mikro USB. Turut disertakan ialah bateri 1020mAh yang boleh ditanggalkan, bicu audio 3.5 mm, lampu suluh dan radio FM terbina. Berbeza dengan 110 4G, 105 4G tidak dilengkapi sebarang kamera.