Cari @ Amanz

Pengguna PC dengan cip AMD melaporkan masalah prestasi selepas komputer dinaiktaraf ke Windows 11 seminggu lalu. Isu ini menyebankan prestasi berkurangan sehingga 15% pada permainan video eSukan dan 5% pada aplikasi lain. Microsoft dan AMD telah menjanjikan kemas kini akan diberikan pada penghujung Oktober.

Tetapi menurut WCCFtech, kemas kini yang akan menampal pepijat ini akan diberikan bermula 19 Oktober. Tampalan ini menyelesaikan isu masa pendam pada L3 Cache dan ini akan diberikan oleh pihak Microsoft. Seterusnya pada 21 Oktober, tampalan untuk isu CPCC pula diberikan oleh pihak AMD menerusi kemas kini perisian pemandu grafik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd