Sony sedia menjadualkan pengenalan peranti Xperia baharu pada minggu hadapan. Walaupun mungkin tidak berkaitan, kini Sony Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM400 untuk telefon mercu terbaru mereka, Xperia 1 III.

Sony Xperia 1 III ini hadir dengan skrin 4K OLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, bateri 4500mAh, dan juga sokongan kamera yang baik.
Sony Malaysia menawarkan diskaun sebanyak RM400 sehingga 31 Oktober 2021, dan kini ia ditawarkan pada harga RM5399 berbanding harga jualan biasa RM5799.
(Sumber : Nextrift)