Cari @ Amanz

Belanjawan 2022 bakal dibentangkan pada tahun ini, dimana sejumlah inisiatif bakal diumumkan. Bercakap mengenainya, kini Oppo Malaysia berharap kerajaan mempertimbangkan pelepasan cukai ke atas peranti 5G dalam pasaran menerusi Belanjawan 2022 kelak.

Insentif ini akan mendorong orang ramai beralih ke peranti berasaskan 5G – selari pengenalan rangkaian 5G di Malaysia menjelang penghujung 2021 ini.

Oppo sendiri pada hari ini sedia mempunyai beberapa peranti berasaskan 5G di pasaran. Dengan sokongan rangkaian 5G di Malaysia kelak akan membolehkan pengguna peranti 5G secara automatik dapat menikmati rangkaian berkenaan – sekiranya mempunyai peranti dengan sokongan gelombang yang tepat.

Oppo turut mengatakan setiap orang harus diberi peluang yang sama untuk menikmati penggunaan 5G dengan kemudahan bagi memperoleh peranti berkeupayaan 5G.

Untuk makluman, kerajaan sedia menawarkan beberapa insentif sebelum ini dalam mengalakkan orang ramai beralih ke peranti baharu. Paling terbaru, kerajaan turut telah memperkenalkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan juga subsidi telefon pintar dibawah Bantuan Prihatin Nasional.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd