Twitch Mengatakan Kata Laluan Tidak Terdedah Dalam Ketirisan Data Baru-Baru Ini

Diterbitkan pada Okt 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitch, perkhidmatan video yang popular dikalangan “gamer” telah menjadi mangsa ketirisan data baru-baru ini. Mengulas lanjut mengenainya, Twitch mengatakan perubahan pada tetapan pelayan telah membolehkan pengodam mengakses data mereka.

Terbaru, Twitch turut memberikan info tambahan, dan mengesahkan yang mana tiada sebarang kata laluan yang terdedah dan diakses oleh pengodam berkenaan.

Twitch mengatakan mereka yakin yang mana sistem menyimpan data seperti kata laluan atau kad kredit tidak diakses.

Menurut Twitch, data yang terlibat adalah lebih kepada kod sumber Twitch, selain subses berkaitan pembayaran kepada penerbit kandungan pada platform berkenaan.

Twich dalam proses menghubungi mereka yang terkesan secara terus, dan mengatakan yang ia melibatkan sejumlah kecil pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami