MySejahtera Untuk Android Dikemaskini – Menambah Ciri Eksport Sijil Dalam Bentuk PDF Untuk Dicetak

Diterbitkan pada Okt 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi MySejahtera untuk Android kini telah dikemaskini, sekaligus menambah sebuah ciri baharu yang sedia ditawarkan di iOS sebelum ini, iaitu kebolehan mengeksport sijil vaksinasi dalam bentuk PDF untuk dicetak.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna menghasilkan dokumen bercetak berkenaan vaksinasi sekiranya diperlukan – sebagai contoh ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Untuk menyimpan sijil vaksinasi anda dalam bentuk PDF, anda hanya perlu ke bahagian profil di aplikasi MySejahtera, melihat sijil vaksinasi digital, dan seterusnya tekan pada butang ikon PDF untuk memuat-turun.

Pengguna Android boleh mengemaskini aplikasi MySejahtera anda hari ini dan menggunakan ciri baharu ini hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami