Honda Akan Hanya Mengeluarkan Kereta Kuasa Elektrik Bermula 2030

Diterbitkan pada Okt 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honda mengumumkan bermula 2030, kesemua kenderaan baharu keluaran mereka akan menggunakan kuasa elektrik. Ini adalah dalam bentuk kuasa bateri dan juga hibrid. Bermula 2022, kenderaan elektrik Honda e:NS1 dan Honda e:NP1 akan mula dijual di China dengan perancangan mengeksportnya keluar dalam masa lima tahun. Honda juga menyatakan komitmen untuk menghasilkan kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen.

Dalam masa lima tahun akan datang, 10 kenderaan siri e:N akan dilancarkan oleh Honda. Honda turut memperlihatkan kenderaan konsep e:N COUPE Concept, e:N SUV Concept dan e:N GT Concept yang akan dipasarkan dalam masa lima tahun lagi.

Selain itu di sistem keselamatan Honda SENSING 360 omnidirectional ADAS (Advanced Driver-Assistance System) juga akan diperkenalkan di China terlebih dahulu bermula 2022 dengan pengenalan ke pasaran global menjelang 2030.

Dengan Honda SENSING 360, mereka merealisasikan impian sifar kemalangan maut membabitkan kenderaan dan motosikal keluaran mereka. Ini adalah sama seperti yang telah dilakukan Volvo sejak setahun lalu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami