Lukisan CAD Samsung Galaxy S22, S22 Pro dan S22 Ultra Tertiris

Diterbitkan pada Okt 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy S22 akan dilancarkan awal tahun hadapan dengan ura-ura ia bakal menggunakan cip Exynos 2200 yang mempunyai GPU AMD. Minggu lalu rekaan Samsung Galaxy S22 Ultra telahpun tertiris dengan slot khas untuk menyimpan S Pen seperti sebuah peranti Note. Minggu ini lukisan CAD untuk Samsung Galaxy S22, S22 Pro dan S22 Po Ultra pula tertiris serentak.

Dapat dilihat Galaxy S22 dan Galaxy S22 Pro mengekalkan rekaan kamera Contour Cut dari siri Galaxy S21. Tiada perubahan dilakukan pada rekaan tetapi hanya pada nama dengan S22 Pro menggantikan S21+. Lukisan CAD S21 Ultra pula mengesahkan rekaan yang lebih mirip siri Galaxy Note dengan tempat simpanan S Pen. Rekaan kesemua peranti adalah menarik tetapi sejauh manakah kebenaran imej yang tertiris ini hanya akan diketahui apabila peranti dilancarkan kelak.

Sumber @FronTron

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami