Krew Rusia Kembali Ke Bumi Selepas 12 Hari Melakukan Penggambaran Di Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Okt 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Krew dari Rusia dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)dua minggu lalu untuk melakukan penggambaran filem pertama di angkasa lepas. Selepas 12 hari, krew filem Challenge telah berjaya kembali ke bumi di dalam kapsul Soyuz MS-18 di Kazakhstan semalam.

Tiga krew yang kembali ialah pelakon utama Yulia Peresild, pengarah Klim Shipenko dan angkasawan Oleg Novitskiy yang sudah berada di ISS selama 191 hari. Challenge menjadi filem pertama melakukan penggambaran di angkasa lepas dan berkisar dengan situasi kecemasan yang berlaku apabila angkasawan tidak boleh kembali ke bumi kerana masalah kesihatan.

Selepas Challenge, Tom Cruise dan Doug Liman pula akan ke ISS tahun ini untuk turut melakukan penggambaran untuk filem yang belum diumumkan tajuknya. Kebenaran melakukan penggambaran komersial dan pengiklanan diberikan oleh NASA di ISS bagi menjana pendapatan selepas belanjawan badan angkasa lepas Amerika Syarikat ini dipotong.

Sumber Roscosmos

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami