Telegram Melangkaui 1 Bilion Muat-Turun Di Google Play Store
October 18, 2021
Aplikasi
Aman
Telegram sedia menerima pendaftaran angka pengguna yang tinggi apabila Facebook dan WhatsApp menghadapi masalah pada minggu lepas.
Menariknya, selain catatan rekod pendaftaran tertinggi, kini Telegram turut mencatatkan angka muat-turun melangkaui 1 bilion di Google Play Store.

Untuk makluman, Telegram Messenger secara keseluruhan telah mencatatkan angka muat-turun lebih 1 bilion pada bulan Ogos lepas, dan catatan angka terbaru ini adalah khusus untuk muat-turun melalui Google Play Store sahaja.
Bagi anda sendiri, adakah anda merupakan pengguna aktif Telegram Messenger?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.