Semalam AirPods generasi ketiga dilancarkan dengan sokongan Dolby Atmos, audio spatial dam pengecasan MagSafe. Walaupun dijual pada harga RM829, TWS ini masih tidak menyokong ciri pembatalan hingar aktif (ANC) yang kini menjadi ciri standard pada kesemua TWS model yang dijual pada harga premium.

Bagi yang kecewa, Beats Fit Pro akan dilancarkan pada 1 November hadapan menurut laporan 9to5Mac. Fon telinga ini adalah dari jenis dalam telinga dengan “tanduk” yang memastikan fon telinga tidak mudah tertanggal ketika pengguna melakukan aksi lasak.
Lebih menarik Beats Fit Pro akan menyokong sistem ANC dan dilengkapi cip Apple H1 bagi memudahkan tambatan pada peranti Apple. Menurut laporan 9to5Mac lagi, Beats Fit Pro boleh beroperasi sehingga 7 jam dengan sekali caj dan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Apabila dilancarkan kelak, Beat Fitr Pro akan ditawarkan dalam warna hitam, putih, ungu dan kelabu.