Google Call Screen Kini Boleh Digunakan Peranti Pixel Di Tujuh Lagi Negara

Diterbitkan pada Okt 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Call Screen ialah ciri pintar yang menapis panggilan SPAM atau yang berunsur penipuan pada peranti Pixel. Sistem kecerdasan buatan Google Duplex akan melayan pemanggil bagi pihak pemilik peranti secara automatik apabila mengesan panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Bermula hari ini ciri Google Call Screen dikembangkan ke tujuh lagi negara.

Negara tersebut ialah UK, Perancis, Jerman, Australia, Ireland, Itali dan Sepanyol. Sebelum ini ciri Call Screen hanya boleh digunakan pengguna Pixel di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun sahaja. Menurut Google ciri ini telah menyaring 37 juta panggilan telefon sebulan di tiga negara tersebut setakat ini. Adalah sedikit mengecewakan ciri-ciri terbaik Pixel masih lagi tidak boleh diakses oleh pengguna di majoriti negara di dunia. Ini sama seperti ciri Wait Times dan Direct My Call yang diaktifkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja pagi ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami