Kerajaan sedia berkongsi berkenaan pembangunan Identiti Digital Nasional beberapa kali sebelum ini, dan hari ini bersempena dengan Hari Pendaftaran Negara & Sambutan JPN 73 Tahun, perkembangan lanjut berkenaan dengannya dikongsikan.
Selari dengan perkembangan arena digital semasa, kerajaan telah mengatakan akan memperkenalkan inisiatif Identiti Digital Nasional. Proses perancangan dan pelaksanaan telah dimulakan pada tahun ini, dan dijangka akan dilaksanakan pada 2024 kelak.
Sasaran baharu ini adalah setahun lebih awal berbanding sasaran sebelum ini.
Identiti Digital Nasional ini akan menjadi suatu bentuk pengenalan dan pengesahan identiti individu secara digital dengan menggunakan teknologi terkini seperti biometrik. Pengesahan individu ini adalah penting dalam mengelak sebarang penipuan untuk transaksi atas talian.
Inisiatif ini juga adalah selari dengan aspirasi kerajaan dalam mendigitalkan pelbagai urusan dan perkhidmatan kerajaan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/10/Identiti-Biometrik-950x535.jpg)
Pada masa yang sama, ia ditekankan yang mana Identiti Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri, sebaliknya ia akan lebih mengukuhkan keselamatan MyKad. Dengan adanya Digital ID ini juga, semakan dan pengesahan individu warganegara dapat dilakukan dengan lebih efisien.