Apple pada awal minggu ini telah memperkenalkan kain lap skrin dinamakan sebagai Apple Polishing Cloth. Disenaraikan pada harga RM99, kain lap skrin daripada Apple ini dilihat menerima permintaan yang tinggi dikalangan pengguna seluruh dunia.

Pada awalnya, tempahan kain lap Apple ini memperlihatkan penghantaran dalam tempoh sekitar lima hari bekerja. Namun, semakan terbaru memperlihatkan yang mana tempahan pembelian baru untuk Apple Polishing Cloth ini hanya akan menerimanya dalam tempoh dua bulan lagi, iaitu pada penghujung Disember 2021 kelak.
Ini sekaligus menunjukkan permintaan yang sangat tinggi untuk kain lap skrin keluaran Apple ini.
Sebelum ini, Apple memasarkan kain ini sesuai untuk mengelap skrin peranti daripada komputer ke iPhone dan juga iPad, termasuk Apple Watch.
Bagi anda sendiri, adakah anda telah membeli kain lap ini pada harga RM99?