Cari @ Amanz

Selain daripada telefon pintar, rangkaian peranti boleh-pakai keluaran Redmi turut akan dikemaskini tidak lama lagi. Melaluinya, Redmi Watch 2 akan diperkenalkan dan ia merupakan model kemaskini untuk Redmi Watch yang diumumkan sekitar November tahun lalu.

Pada awalnya, poster promosi rasmi hanya memperlihatkan Redmi Watch 2 akan mempunyai muka jam berbentuk empat segi lengkap dengan satu butang kawalan fizikal pada sisi kanan yang mirip seperti pendahulunya. Namun begitu, rekaan keseluruhannya kini dilihat telah tertiris menerusi beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh Digital Chat Station.

Menurutnya, Redmi Watch 2 akan mempunyai nisbah skrin-ke badan yang lebih luas bersama butang fizikal lebih besar untuk penggunaan yang memuaskan. Bukan itu sahaja, ia juga akan didatangkan dengan sejumlah ciri memfokuskan kecergasan serta pemantauan kesihatan yang lebih baik. Di samping, turut sama direka dengan ketahanan kalis air.

Redmi Watch 2 bakal ditawakan dalam tiga pilihan warna seperti putih, biru dan hitam. Untuk penawaran lebih lanjut, nantikan pelancaran rasminya pada 28 Oktober kelak.

Sumber : Redmi Weibo, Digital Chat Station Weibo

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd