Xiaomi sedia menjadualkan acara pelancaran telefon pintar Redmi Note 11 pada minggu hadapan. Lanjutan daripadanya, kini beberapa gambar tambahan untuk Redmi Note 11 diterbitkan, memperlihatkan rekaan kerangka belakang yang bakal dibawakan oleh telefon pintar berkenaan.

Redmi Note 11 membawakan sokongan pengecasan berasaskan USB-C, dan rekaan sisi yang rata seumpama iPhone 13. Bicu audio diposisikan pada bahagian atas, dimana sokongan audio disertakan hasil kerjasama dengan pihak JBL.
Disamping itu, Redmi Note 11 dilihat menyertakan empat kamera pada bahagian belakang, selain mana turut menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Redmi Note 11 pada 28 Oktober 2021 kelak, dan apakah yang bakal disertakan bersama-sama dengannya.