Operasi Kumpulan Penggodam Revil Lumpuh Selepas Digodam Pula Oleh Agensi Kerajaan

Diterbitkan pada Okt 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam lagu Genocide oleh kumpulan The Offspring ada bait lirik mengatakan kita hidup di dalam dunia anjing memakan anjing. Kita tidak sentiasa di atas dan kadang kala pemangsa pula akan menjadi mangsa kepada pemangsa yang lebih berkuasa. Kumpulan penggodam Revil minggu ini telah lumpuh operasi mereka selepas menjadi mangsa godam agensi kerajaan pelbagai negara menurut Reuters.

Hacker Godam Papan Kekuncti

Dalam operasi yang melibatkan agensi perundangan FBI, Cyber Command, Secret Service dan beberapa lagi negara lain, rangkaian REvil berjaya digodam sehingga tidak lagi berfungsi. Antara yang kini tidak lagi boleh diakses ialah blog yang digunakan REvil untuk meniriskan maklumat yang dicuri seperti skematik produk Apple yang belum dilancarkan sebelum ini.

REvil menjadi sasaran agensi perundangan Amerika Syarikat kerana mengakibatkan operasi bekalan api di Pantai Timur Amerika Syarikat lumpuh selepas Colonial Pipeline menjadi mangsa perisian tebusan. Serangan perisian hasad menjadi ancaman sekuriti terbesar syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ni dan meningkat ketika pandemik kerana kerentanan pada sistem sekuriti yang diakses dari luar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami