Cari @ Amanz

Audio spatial ialah ciri yang kami yakin akan menjadi popular dalam masa terdekat kerana ditawarkan Apple Music dan AirPods. Tetapi di Razer, mereka telah menawarkan audio spatial THX spatial sebelum ini dan di RazerCon 2021 memperkenalkan pula dua fon kepala baharu dengan tindak balas haptik.

Razer Kraken V3 Pro dan Razer Kraken V3 HyperSense dilengkapi sistem haptik terkini Razer HyperSense yang sebelum ini ditawarkan pada fon kepala Razer Nari. Dengan menggunakan pemandu audio baharu, Razer berkata HyperSense dapat memberikan pengalaman seperti disentuh secara haptik. Kedua-dua fon kepala dilengkapi pemandu Razer TriForce Titanium sebesar 50mm dan mikrofon kardioid yang boleh ditanggalkan. Seperti kesemua produk Razer, sistem lampu RGB Razer Chroma disertakan sebagai standard.

Perbezaan di antara model V3 Pro dan V3 Hypersense hanyalah model Pro boleh digunakan secara nirwayar. Dalam mod nirwayar ia boleh beroperasi sehingga 11 jam dengan HyperSense diaktifkan dan sehingga 44 jam jika dimatikan. Harga jualan untuk Kraken V3 Pro ialah $200 (~RM830) dan V3 Hypersense pula ialah RM699

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd