Carian
Twitter Sedang Menguji Ciri “Undi Turun” Pada Web
October 25, 2021 Aman

Twitter sebelum ini sedia nyatakan yang mereka sedang menguji ciri undi-turun atau downvote pada aplikasi iOS. Kini, selain pada aplikasi mudah-alih, Twitter juga sedang menguji ciri lebih kurang sama pada web.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh undi-turun sesuatu balasan Tweet, sekaligus memudahkan paparan balasan pada sesuatu Tweet.

Untuk makluman, ciri ini masih pada peringkat ujian dan tidak ditawarkan secara meluas. Mungkin sekiranya segalanya berjalan lancar, Twitter akan memperluaskan penawaran ini kepada semua pengguna seluruh dunia.

Komen