PayPal Mengatakan Mereka Tidak Meneruskan Pengambil-Alihan Pinterest Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PayPal pada minggu lepas telah diperkatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih salah satu laman sosial popular, Pinterest. Lanjutan daripadanya, kini PayPal mengeluarkan komen rasmi, mengatakan mereka tidak meneruskan pengambil-alihan Pinterest buat masa ini.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan PayPal dalam perbincangan mengambil-alih Pinterest pada nilai mencapai $39 bilion. Sekiranya berjaya, ia dijangka akan membentuk sebuah syarikat memfokuskan edagang sosial.

Pinterest

PayPal sendiri sedia menghadapi cabaran daripada sejumlah penyedia, termasuk Shopify, Facebook dan sebagainya yang kini mempunyai kaedah pembayaran alternatif tersendiri. Bagi memastikan penggunaan PayPal terus aktif, pihak mereka semestinya perlu melihat kepada kaedah dalam memastikan mencapai pengguna dan perkhidmatan mereka aktif digunakan ramai.

Apa pun, dengan komen rasmi PayPal ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya dalah arena ini, selain perancangan Pinterest dan PayPal seterusnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami