Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Apple Fitness+ untuk pasaran Malaysia, Apple juga turut mengumumkan mereka akan menawarkan berkas langganan Apple One Premier untuk pasaran Malaysia pada tarikh sama, iaitu 4 November 2021 ini.

Apple One Premier menawarkan akses kepada Apple Music, Apple TV+, Apple Arcarde, storan iCloud+ sebanyak 2TB, dan juga Apple Fitness+.

Semua perkhidmatan ini juga boleh dikongsikan kepada sehingga 5 orang, dan hanya perlu membayar satu harga langganan sahaja.

Di Malaysia, Apple One Premier ditawarkan pada harga RM69.90 sebulan. Akses kepada Apple News+ masih belum disediakan untuk rantau ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd