Cari @ Amanz

Pagi ini iOS 15.1 telah diberikan kepada pengguna iPhone. Bagi pemilik peranti iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, ia turut mengaktifkan mod rakaman video ProRes yang menawarkan kadar bit paling tinggi. Terdapat pelbagai persoalan sebelum ini mengenai saiz fail video. Ia akhirnya terjawab dan tidak mengejutkan saiznya amat besar.

Setiap rakaman video 1080P ProRes HDR 10-bit 60FPS selama seminit adalah sebesar 1.7GB. Sementara itu rakaman 4K ProRes HDR 10-bit 30FPs selama seminit pula mencecah 6GB. Dengan kata lain storan 1TB pada iPhone 13 Pro Max boleh dipenuhkan dengan rakaman video 4K ProRes sepanjang 166 minit. Jadi tidak mengejutkan apabila Apple mengehadkan rakaman 4K ProRes pada model dengan storan 256GB ke atas sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd