Sony hari ini telah mengumumkan telefon pintar dengan sokongan kamera terbaik daripada mereka, iaitu Xperia PRO-I. Dengan sokongan kamera yang baik, semestinya ia akan digunakan untuk tujuan rakaman pelbagai jenis video – termasuk vlog.

Untuk tujuan memudahkan rakaan vlog, kini Sony turut menyediakan sebuah skrin tambahan khas, dinamakan sebagai Vlog Monitor for Xperia PRO-I.
Vlog Monitor ini hadir dengan skrin 3.50-inci, selain turut menawarkan sokongan integrasi bicu audio 3.5mm untuk rakaman audio lebih baik, selain kemudahan sambungan ke aksesori lain.

Vlog Monitor ini dijual secara berasingan oleh Sony, pada harga sekitar $200 iaitu RM829 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.