Cari @ Amanz

Semalam harga Redmi Watch 2 telah tertiris. Ia dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan Redmi Note 11 akan datang dengan harga jualan bawah RM300. Seiring dengannya, Redmi juga mungkin akan melancarkan Redmi Smart Band Pro atau Redmi Watch Pro pada acara yang sama.

Ia dilihat hadir dengan skrin segi empat dan menggunakan konsep Mi Smart Band 6, di mana adalah skrin sesentuh sepenuhnya tanpa sebarang butang fizikal. Tali jam juga dilihat mudah ditanggalkan, agar boleh ditukar dengan tali jam lain.

Masih tidak pasti adakah panel skrin jenis AMOLED atau sebaliknya, dan apakah yang Pro mengenai penjejak kesihatan ini. Ia mungkin akan menawarkan beberapa ciri dan fungsi lebih baik daripada Redmi Watch 2 dan dijual pada harga sedikit lebih mahal. Berdasarkan imej pengolokan yang tertiris ini, ia dilihat menggunakan bahan binaan plastik. Harga mungkin lebih mampu milik mungkin sekitar RM400 atau lebih murah.

Sama-sama kita nantikan kehadirannya 28 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd